
berjinak-jinak dengan bluray sejak akhir-akhir ni.. bluray pertama yang dibeli, gladiator steelbook edition… jujurnya, tak la sampai kagum dengan high definition… gambar nampak sama dengan dvd… teruskan membeli yang lain, dan yang kedua, fast and furious, quadrology box set… gambar yang sama, tapi disebabkan minat dengan siri ni, jadi tengok la sampai habis dalam masa dua hari…

lepas tu mula menyewa dari orang… pan’s labyrinth dan taken… pan’s labyrinth, cerita yang dah lama ingin tengok sbb review dari orang ramai, tapi xlepas pun 5minit pertama sbb nampak macam boring… tapi sbb bluray, tngk juga sampai habis.. gambar yang clear dan step up dari dvd… jalan cerita yang boleh diinterpretasikan dua cara… jika dilihat dengan cara pertama, cerita ni cerita gembira, tapi kalo interpretasikan cara kedua, cerita ni cerita yang amat sedih… siapa2 yang belum tengok, tengok lah, dan interpret cerita ni mengikut kesukaan anda… taken pula…apa yang nak dikata… movie action faveret aku… dalam HD… lagi menarik… *liam neeson jadi actor faveret lepas movie ni…
lepas rasa bluray ni xla sehebat yang digembar gemburkan, malas pula nak beli, jadi teruskan menyewa… yang latest, avatar dan book of eli… hahaha… masa ni la kehebatan bluray nampak menyerlah… avatar dalam HD memang cantik, gorgeous dan menawan…. xsia-sia sewa avatar… jujurnya, hanya visual yang menarik, tapi jalan cerita kurang sikit…
lepas ni book of eli plak… kalo lawa, aku akan beli bluray movie yang latest2 sahaja… malas dah beli movie yang lama2 di upgradekan jadi HD…










